Monday, July 17, 2006

keras bekerja

hujung minggu lepas, kitaorg kerjakan semak dekat sebelah depan (tak sudah lagi...). tahun lepas tak la nampak teruk sangat tapi tahun nie dah naik macam hutan. pas tu malu dan kesian kat jiran sebelah. bila diaorg bersantai kat deck (apa aaa dalam BM??) diaorg kena tengok semak samun. jadiknye kitaorg membuat la kerja2 mencabut, mengorek dan membuang.


dalam semak tu jumpa la pulak bunga lily nie. lawa kan??... kalau tak kemas, tak tau kewujudan nye. harum semerbak ruang tamu win.

jumpa jugak hostas dalam semak tu. kitaorg tanam balik kat sekeliling pokok2. tahun lepas kitaorg buang banyak pokok nie. win tak suka, tapikan sebenarnye, tak la buruk mana hostas2 nie. dulu win kata win tak suka, tahun nie tak la pokok kesukaan... cuma sayang nak pi buang2 macam tu jek... pokok tak lawa pun nak hidup jugak : )...

eeerrrr... alamak, dah buat diri sendiri rasa bersalah la. sebab banyak pokok tak lawa jenis2 lain dah selamat masuk tong.

tapi, banyak jugak yang kitaorg gali dan selamatkan. macam bawang2 daffodills dan bawang2 musim bunga yang lain. banyak sangat!!!!... hmmm... ada la satu baldi penuh. rasa macam mencari harta karun. akan di tanam semula dan mudah2an hidup.


TAPI yang sebenarnye pi tulis blog hari nie, nak tunjuk gambar nie. kat batang pokok ada terpaut kulit serangga sebesar ibu jari. dia membesar, salin kulit pas tu yang tinggal kat pokok kitaorg, benda alien nie... masyaallah ciptaan Allah... win jadik jakun, chot ketawakan.


sori ekkk... nak cuba tulis guna bahasa melayu. ada ayat yang bunyi rasmi, ada yang pasar. payah jugak tapi boleh la dok?? : D...

hhmmmm... bukan ke ada ura2 kat malaysia nak di kenakan denda kat sapa2 yang tak guna BM dgn betul??... siapa la pandai sangat kasi cadangan tu??...siapa yang cakap macam P. Ramlee cakap sekarang nie???

5 comments:

ROYAL JESTER said...

aik.tukar display nampak.
Ish..geli la makhluk ciptaan Allah tu..yucks...heheh..
cantik lily tu.mcm bunga plastic lak.
Nice la ur laman..i like!Deck in malay is DEK.hehehhe ye ke?kahkahkah ni from someone yg tak tahu apa kebenda nya tempurung kelapa in english.hahahah..
my shell ni patut jadi coconut shell je.

win said...

tukar display??... sebab tulis dalam BM??... iye, sebab kedua2 penggunaan bahasa melayu & bahasa inggeris win semakin hari semakin teruk. BM lebih berkarat tapi.

padahnye tak selalu interaksi ngan orang betul (fizikal). jadik kita hemtam saja lah.

deck tu dek??... hahaha...

nak kena tido nie, kang chot terjaga win takde kat sebelah dia muncung.

Anonymous said...

Yaa cantiknya lily... seronoknya jumpak bulbs yg bulih tanam later on eh? I am about to uproot most of the vegetables kat the patch now sbb dah semak samun pon banyak jugak... lemaih melihatnya :)
And I love lah your laman :) Bersih

win said...

cantik... dan besar : )...

actually itching nak beli yang lain kat kedai tapi apa yang ada dah memadai. cuma kena kerja pindah2kan.

hmmm... win tengok gambar2 hasil kebun lin. sedap nampaknye, sayur2 segar bugar. lin, kalau banyak, pi la jual the sayur : )...

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » »